Friday, September 14, 2007

Kedai Dan Pemilihan Lokasi

Kedai pada awalnya ditakrifkan sebagai tempat dimana aktiviti perniagaan dijalankan. Kedai merupakan tempat pertemuan diantara penjual, pembeli dan juga produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.
Lokasi sesebuah Kedai amat penting dalam memastikan sesebuah kedai dapat menjalankan perniagaan yang menguntungkan dengan menarik ramai pelanggan. Kedudukan kedai perlu dipilih secara berhati-hati supaya sesebuah Kedai itu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Pemilihan lokasi sesebuah kedai perlu dibuat berdasarkan jenis ataupun aktiviti perniagaan yang hendak dijalankan di kedai berkenaan. Oleh itu pemilihan lokasi untuk Kedai Makan tidak sama dengan lokasi untuk Kedai Membaiki Kereta. Ini termasuklah pemilihan kedai untuk pemasaran barangan harian tidak akan sama untuk kedai yang menjual perkhidmatan mengunting rambut.
Walaubagaimanapun secara umum pemilikan lokasi untuk kedai ini perlu mengambilkira beberapa pekara seperti jalan - jalan yang mudah untuk ke kedai berkenaan, tempat letak kereta yang mudah dan dalam jumlah yang banyak, kedudukan cahaya matahari sama ada kedai itu mengadap cahaya matahari pagi ataupun cahaya matahari petang. Kedudukan keseluruhan bangunan kedai itu sendiri samaada ianya berada di lokasi popular ataupun lokasi 'mati'.
Begitu juga jiran - jiran kedai berkenaan. Sebagai contoh anda ingin membuka Kedai Makan Halal dan anda dapati bersebelahan Kedai Makan Halal anda terdapat Kedai Makan yang menjual makanan tidak halal ataupun Kedai di sebelah Kedai Makan anda merupakan kedai menjual haiwan peliharaan ( Pet Shop) yang sudah pasti akan mengeluarkan pelbagai bau yang kurang menyenangkan . Ini semua sudah pasti lokasi kedai yang tidak sesuai untu kedai makan.

Selain memilih lokasi yang sesuai dengan jenis perniagaan,saiz kedai yang sesuai dengan jenis perniagaan perlu juga diambil kira. Ini kerana jika kedai anda sukar untuk dimasuki atau dijalani oleh pelanggan maka ada kemunkinan ia akan kurang mendapat sambutan kerana pelanggan terpaksa bersesak - sesak didalam kedai anda. Perkara yang pokok adalah memberikan keselisaan yang sesuai kepada pelanggan serta mempunyai barang yang bersesuaian untuk dibeli oleh pelanggan.

Susun atur barangan didalam kedai juga amat penting untuk menarik pelanggan membeli..
2007 @ KEDAI KITA ONLINE

No comments:

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!