Kedai Kita Online pada hari ini menawarkan satu produk terbaru yang dirumus khas untuk kegunaan khusus rakyat Malaysia. Produk ini dikenali sebagai MINYAK KELAPA JANDAA. Jika sebelum ini anda mungkin telah banyak mendengar berkenaan kebaikan MinyakKelapa Dara, kini setelah kami membuat kajian maka terhasilah produk baru keluaran syarikat yang di kenali sebagai Minyak Kelapa JANDAA.
Untuk makluman anda, hanya Kedai Kita Online ini sahajalah yang memasarkan produk Minyak Kelapa JANDAA. Sistem pemasaran yang di laksanakan oleh Kedai Kita Online ini adalah secara Lelongan , siapa yang tawarkan harga mahal maka pada dialah produk akan dijual. Minyak Kelapa JANDAA adalah dipercayai memiliki khasiat yang lebih hebat daripada Minyak Kelapa Dara, sesuai dengan namanya.
Oleh itu kedai kita online suka menawarkan Minyak Kelapa JANDAA ini pada harga RM15 sebotol untuk isian 60ml. Harga ini cukup menarik dan ia tidak termasuk harga tambang pos.
Showing posts with label Kedai Online. Show all posts
Showing posts with label Kedai Online. Show all posts
Sunday, May 4, 2008
Friday, September 14, 2007
Kedai Dan Pemilihan Lokasi
Kedai pada awalnya ditakrifkan sebagai tempat dimana aktiviti perniagaan dijalankan. Kedai merupakan tempat pertemuan diantara penjual, pembeli dan juga produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan.
Lokasi sesebuah Kedai amat penting dalam memastikan sesebuah kedai dapat menjalankan perniagaan yang menguntungkan dengan menarik ramai pelanggan. Kedudukan kedai perlu dipilih secara berhati-hati supaya sesebuah Kedai itu dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Pemilihan lokasi sesebuah kedai perlu dibuat berdasarkan jenis ataupun aktiviti perniagaan yang hendak dijalankan di kedai berkenaan. Oleh itu pemilihan lokasi untuk Kedai Makan tidak sama dengan lokasi untuk Kedai Membaiki Kereta. Ini termasuklah pemilihan kedai untuk pemasaran barangan harian tidak akan sama untuk kedai yang menjual perkhidmatan mengunting rambut.
Walaubagaimanapun secara umum pemilikan lokasi untuk kedai ini perlu mengambilkira beberapa pekara seperti jalan - jalan yang mudah untuk ke kedai berkenaan, tempat letak kereta yang mudah dan dalam jumlah yang banyak, kedudukan cahaya matahari sama ada kedai itu mengadap cahaya matahari pagi ataupun cahaya matahari petang. Kedudukan keseluruhan bangunan kedai itu sendiri samaada ianya berada di lokasi popular ataupun lokasi 'mati'.
Begitu juga jiran - jiran kedai berkenaan. Sebagai contoh anda ingin membuka Kedai Makan Halal dan anda dapati bersebelahan Kedai Makan Halal anda terdapat Kedai Makan yang menjual makanan tidak halal ataupun Kedai di sebelah Kedai Makan anda merupakan kedai menjual haiwan peliharaan ( Pet Shop) yang sudah pasti akan mengeluarkan pelbagai bau yang kurang menyenangkan . Ini semua sudah pasti lokasi kedai yang tidak sesuai untu kedai makan.
Selain memilih lokasi yang sesuai dengan jenis perniagaan,saiz kedai yang sesuai dengan jenis perniagaan perlu juga diambil kira. Ini kerana jika kedai anda sukar untuk dimasuki atau dijalani oleh pelanggan maka ada kemunkinan ia akan kurang mendapat sambutan kerana pelanggan terpaksa bersesak - sesak didalam kedai anda. Perkara yang pokok adalah memberikan keselisaan yang sesuai kepada pelanggan serta mempunyai barang yang bersesuaian untuk dibeli oleh pelanggan.
Susun atur barangan didalam kedai juga amat penting untuk menarik pelanggan membeli..
Selain memilih lokasi yang sesuai dengan jenis perniagaan,saiz kedai yang sesuai dengan jenis perniagaan perlu juga diambil kira. Ini kerana jika kedai anda sukar untuk dimasuki atau dijalani oleh pelanggan maka ada kemunkinan ia akan kurang mendapat sambutan kerana pelanggan terpaksa bersesak - sesak didalam kedai anda. Perkara yang pokok adalah memberikan keselisaan yang sesuai kepada pelanggan serta mempunyai barang yang bersesuaian untuk dibeli oleh pelanggan.
Susun atur barangan didalam kedai juga amat penting untuk menarik pelanggan membeli..
2007 @ KEDAI KITA ONLINE
Labels:
Kedai Buku,
Kedai Kopi,
Kedai Makan,
Kedai Maya,
Kedai Online
Subscribe to:
Posts (Atom)